Pelbagai cabaran dihadapi dalam usaha pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Tunku Abudl Rahman menerima pelbagai reaksi dari Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura, Indonesia dan Filipina. Terdapat dua jenis reaksi. Yang pertama ialah reasksi yang menunjukkan sokongan. Yang kedua ialah reaksi yang cuba menentang penubuhan Malaysia. Pada peringkat awal di Sarawak, banyak pihak yang menentang kerana mereka melihat tiada faedah ekonomi serta-merta yang boleh diperoleh daripada percantuman ini. Parti Negara Sarawak yang diketuai oleh Temenggung Jugah, Parti Rakyat Bersatu Sarawak(SUPP) dan Parti kebangsaan Sarawak secara jelas menentang cadangan penggabungan ini. Parti yang menyokong cadangan ini ialah Barisan Rakyat Jati Sarawak. Dalam konteks penentangan yang disuarakan, sebenarnya tidaklah terlalu menekan. Ini kerana kebanyakan pihak lebih cenderung untuk memperoleh kemerdekaan sendiri terlebih dahulu sebelum penggabungan dengan Malaysia.