C. Menulis karangan
- Semasa menulis karangan anda mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.
( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan Penutup
- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.
- Pemerenggan yang baik biasanya dimulakan dengan penanda wacana yang berkesan. Gunakan perkataan seperti, Walaupun demikian, Selain daripada faktor..., Namun demikian, Seperkara lagi... dan sebagainya. Penanda wacana membolehkan pembaca karangan anda mengetahui bahawa anda akan beralih kepada isi yang lain.
D. Menyemak karangan
- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
E. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
a. 5-10 minit mencari isi
b. 40 minit menulis karangan
c. 5 minit menyemak semula karangan
Jumlah = 50- 60 minit jika karangan bahagian berformat seperti surat, jangan menghabiskan lebih daripada 45 minit untuk menjawabnya.
Kamu seharusnya menepati masa yang ditetapkan agar tidak berasa gopoh bila mengarang.
Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 1 jam beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.
Tip
Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.
Tahukah kamu ?
Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda.
Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh di bawah :
Contoh A ( dicadangkan )
Kamu baru pulang ?
Baru sebentar tadi. Jawab saya. Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya.
Memang saya tertunggu-tunggu, luah Jamal , lembut.
Contoh B ( mengelirukan )
Kamu baru pulang ? Baru sebentar tadi. Jawab saya. Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya. Memang saya tertunggu-tunggu, luah Jamal , lembut.
Karangan yang baik juga menggunakan segala aspek bahasa, termasuk peribahasa dan jenis ayat yang berbeza beza.
F. PETUA BILA MENULIS KARANGAN
· Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
· Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting.
· Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
· Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
· Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
· Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.
Akhir sekali, untuk menjadikan karangan anda bermutu, anda terutama sekali mestilah mempunyai banyak idea dan mempunyai kemahiran bahasa yang b