Kedaulatan sebuah negara amat penting untuk dipelihara bagi memastikan keamanan negara dapat dikekalkan. Jika kedaulatan terpelihara, rakyat dapat menjalanikehidupan mereka tanpa diganggu, bebas memilih cara hidup, hak individu dihormati dan tidak dizalimi. Hal ini menjelaskan bahawa kedaulatan amat penting bagi sesebuah negara.
Gandingan mantap seluruh jiwa raga rakyat perlu dalam konteks menjaga kedaulatan negara dari dibolosi oleh anasir-anasir luar yang merobek kedaulatan serta keharmonian adat dan budaya masyarakat di Malaysia.
Rakyat perlu berganding bahu dan bersatu hati dalam menjamin keselamatan negara sentiasa berada dalam tahap yang optima kerana kelekaan dalam soal mempertahankan benteng negara akhirnya boeh membawa kepada neo-kolonialisme.
Selain itu, kepentingan kedaulatan adalah negara itu bebas dari kongkongan atau ancaman luar. Negara berdaulatan tersebut memerintah atas paksi sendiri. Oleh itu, rakyat dan negara melaksanakan apa juga kegiatan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang. Bebas daripada kongkongan negara luar akan melancarkan perjalanan jentera pentadbiran. Oleh itu kedaulatan adalah penting untuk negara bebas daripada manjadi walayah jajahan.
Di samping itu, kedaulatan juga dikenalkan dengan adanya hubungan antarabangsa. Malaysia berdaulat kerana berupaya mengawal hal ehwal dalam negeri dan kebebasan mengadakan hubungan luar atau polisi luar atau hubungan serantau melalui dasar luar.