Perkembangan teknologi juga telah dapat menjimatkan masa. Perkembangan pesat teknologi pengangkutan telah menjimatkan masa perjalananan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Penggunaan LRT dan komuter menjadi pilihan warga kota untuk pergi dan balik dari kerja. Ianya bukan sahaja menjimatkan masa malah menjimatkan duit kerana penggunaan banyak minyak petrol di dalam keadaan jalan yang sesak dan sekaligus dapat mengurangkan tekanan kepada mereka yang memandu. Teknologi juga telah banyak membantu petani dalam mempercepatkan proses pembajakan tanah. Jika dahulu tanah dibajak dengan menggunakan cangkul dan bajak besi, ianya memerlukan banyak tenaga manusia dan memakan masa yang lama. Penggunaan alat pembajak seperti traktor telah banyak menjimatkan masa para petani.
Read more: http://alyadina.blogspot.com/2013/04/kebaikan-dan-keburukan-teknologi.html#ixzz4BRQ6rzrz
Read more: http://alyadina.blogspot.com/2013/04/kebaikan-dan-keburukan-teknologi.html#ixzz4BRMONWWG