Seseorang perlu mengetahui bagaimana kamma diperlakukan melalui jasad, pertuturan dan minda. Melalui kefahaman terhadap kamma, seseorang mengelakkan diri daripada berdosa dan sebaliknya melakukan perbuatan yang baik. Menerusi Pandangan yang Betul terhadap kamma, seseorang dapat melihat punca dan akibat, timbul dan segala benda yang bersyarat . Buddha adalah analitikal dalam menganalisa semua objek yang bersyarat sehingga komponen-komponen dan elemen-elemen asasnya.