Caranya ada banyak. Adakah perkhidmatan itu sama dengan diberi oleh TH. Sebagai contoh, kami adalah sangat komprehensif. Dari A hinggalah Z. Daripada proses tabungan menyimpan duit hendak menunaikan haji hinggalah menghantar air zamzam ke rumah Jemaah haji. Di antaranya kami ada penerbangan, penginapan, perubatan, visa haji, semua proses kami buat. Kos ini tidak termasuk di dalam kos langsung. Yang kami caj jemaah itu adalah kos langsung.Seperti kos kursus haji, kami tidak masukkan ke dalam caj. Itu semua di bawah tanggungan TH. Kos petugas haji, perubatan semua kami serap. Yang kami caj kos pengina'
pan, kos tambang, makan, operasi masyair ketika wukuf, iaitu khemah di Arafah, Mina dan perjalanan darat.Itu sahaja yang kami caj Jemaah haji.