Tebing Sungai Melaka berhampiran Kampung Morten, Melaka juga menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari duit syiling lama yang dipercayai banyak terdapat di kawasan itu.
Kebanyakan pencari khazanah ini sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk menggali kawasan itu menggunakan cangkul bagi mendapatkan duit syiling dipercayai yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Ada diantara pencari yang berjaya menemui tujuh hingga 19 keping duit syiling lama yang digunakan pedagang dari China ketika era Dinasti Chin dan Arab memandangkan ada antaranya mempunyai tulisan Cina dan Arab. selain itu, duit syiling lama yang tertera perkataan Inggeris iaitu "Liberty" dan "United States of America" juga turut ditemui.
Muara Sungai Melaka memang diperakui menjadi laluan utama pedagang silam dan adalah tidak mustahil jika masih terdapat pelbagai barangan atau artifak yang berharga yang tersimpan dalam Sungai Melaka.