dalam terbaring dan tanpa suara kulipat hujung kakiku dalam kelam kutau daerah yang tidak kukenali telah kudekati pada senja ini kerana aku telah lupa pada liku-liku jalan raya pada warna matari yang kudakapi seolah-olah saat kelahiran akan bermula lagi