Songket Berbenang Emas mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan bertambah kerana hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi pelbagai dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaannya yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.