Perkembangan teknologi perubatan telah banyak membantu menyelamatkan manusia. Penggunaan incubators telah banyak membantu bayi yang lahir tidak cukup bulan untuk terus hidup. Begitu juga dengan penggunaan kimoterapi, ianya telah banyak membantu sesetengah pesakit kanser dalam mengubati penyakit mereka. Walaupun tidak semua pesakit kanser boleh pulih dengan sesi kimoterapi tetapi ianya memberi sedikit harapan kepada pesakit untuk terus hidup. Perkembangan teknologi pengimejan juga telah membantu dalam mengenalpasti pelbagai jenis penyakit dengan lebih cepat dan mudah. Ianya sekaligus membantu untuk kenalpasti rawatan yang diperlukan. Teknologi ini telah banyak membantu pengamal perubatan.
Read more: http://alyadina.blogspot.com/2013/04/kebaikan-dan-keburukan-teknologi.html#ixzz4BRVAIGfn