Dewasa ini, semakin hari, semangat sayang menyayangi dalam masyarakat semakin terhakis ditelan arus pemodenan Negara. Semangat sayang menyayangi dalam masyarakat ialah sikap mengambil berat dan saling hormat menghormati dalam masyarakat. Masyarakat penyayang dapat dibentuk melalui peranan saling menyayangi dan menghormati sesama ahli keluarga. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam melahirkan individu yang penyayang yang dapat mewujudkan masyarakat yang penyayang.