Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam saubari anak –anak. Ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecil lagi. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil.