“komponen” ertinya satu daripada berbagai kemungkinan subbahagian yang tidak sama yang bersama-sama membentuk suatu peranti perubatan untuk mencapai tujuan yang diniatkan, yang juga boleh dikenali sebagai suatu bahagian tetapi bukan suatu peranti perubatan dalam haknya yang tersendiri;
“nama proprietari generik” ertinya nama unik yang diberikan oleh pembuat untuk mengenali suatu peranti perubatan sebagai suatu produk sepenuhnya, yang juga dikenali sebagai nama perdagangan atau jenama;
“tujuan yang diniatkan” ertinya kegunaan yang baginya peranti perubatan itu diniatkan mengikut spesifikasi pembuatnya yang dinyatakan pada mana-mana atau semua yang berikut:
(a) label pada peranti perubatan itu;
(b) arahan penggunaan peranti perubatan itu;
(c) bahan-bahan promosi yang berhubungan dengan peranti perubatan itu;
“instrumen pembedahan boleh guna semula” ertinya instrumen yang bertujuan untuk kegunaan pembedahan bagi memotong, menggerudi, menggergaji, menggores, mengikis, mengapit, menarik keluar, mengetip atau tatacara seumpamanya, tanpa sambungan kepada mana-mana peranti perubatan aktif dan
yang didiniatkan oleh pembuat untuk digunakan semula selepas menjalani tatacara yang sesuai bagi pembersihan dan/atau pensterilan dijalankan.