8.1)Konsep kegiatan ekonomi
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinasikan bahawa kegiatan ekonomi sebagai perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat.
Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi,antara contoh-contoh kegiatan ekonomi ialah perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain.
8.2)Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi
Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan antaranya ialah perikanan.Hasil daripada analisis borang soal selidik,saya mendapati 6 orang responden yang terlibat dalam kegiatan ini.Kesemua 6 orang responden melakukan aktiviti ini di laut atau di kawasan pantai.Tiga orang daripadanya menggunakan jala untuk menangkap ikan manakala selebihnya pergi ke laut untuk menangkap ikan.Hasil dapatan mereka dijual di pasar berdekatan atau dibuat makanan untuk keluarga mereka.
Kegiatan perniagaan juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Hasil daripada analisis borang soal selidik,saya mendapati orang 4 responden yang terlibat dalam kegiatan ini.Kesemua responden ini berniaga kecil-kecilan seperti gerai atau warung.
Selain itu,kegiatan perguruan merupakan salah satu kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Hasil daripada analisis borang soal selidik,saya mendapati 7 orang responden yang terlibat dalam kegiatan ini.Lima responden ini mengajar di sekolah tertentu seperti Sekolah Kebangsaan Tanjung Gemok,Sekolah Menengah KebangsaanTanjung Gemok.Manakala,2 orang responden lagi mengajar tusyen di rumah mereka.
Akhir sekali,kegiatan pemeliharaan burung layang-layang.Hasil daripada analisis borang soal selidik,saya mendapati 3 orang responden yang terlibat dalam kegiatan ini.Dua daripada responden ini membina bangunan 2 tingkat untuk menjadikan sarang burung layang-layang mereka.Responden yang selebihnya membina bangunan 3 tingkat untuk burung layang-layang mereka.Mereka menggunakan pembesar suara yang berbunyi burung layang-layang supaya burung layang-layang itu tertarik dengan bunyi itu lalu datang mencari sumber bunyi itu.