pembelian sebuah ketuhar pembakar. sebenarnya ia tidak diperlukan sangat dirumah kerana dirumah kami ada sebuah microwave. tetapi saya sangat-sangat teringin untuk membeli sebuah ketuhar pembakar kerana saya amat berminat untuk membuat kuih-muih, roti, kek dan lain-lain sendiri di rumah. pembelian ini terjadi di aeon bukit indah johor bahru johor. ka,i kesana menaiki kereta yang dipandu oleh isteri saya. kereta jenis honda civic. saya menggunakan kereta kerana ia lebih cepat, jimat dan selamat berbanding saya menggunakan bas atau teksi. selain itu, saya jugak mudah untuk membawa barangan yang saya beli berbanding menaiki kenderaan awam. walaupun pembelian adalah diluar jangkaan tetapi saya sangat berpuas hati kerana dapat memenuhi impian saya untuk memiliki sebuah ketuhar pembakar untuk rumah saya. sebelum saya membeli saya melakukan perbandingan harga dan fungsi sebelum membuat keputusan akhir. ini adalah perlu kerana setiap pembelian perlukan ketelitian dan kepuasan tersendiri. saya berbelanja dengan isteri saya. saya tidak membawa anak-anak kerana ia akan melambatkan proses membeli belah dan menyukarkan untuk melayan kerenah anak-anak yang pelbagai jika membeli belah. anak-anak saya tinggalkan dirumah bersama nenek dan datuk mereka. mereka boleh melakukan aktiviti yang lebih berfaedah di rumah berbanding mengikuti kami membeli belah. ini memberi kami ruang dan masa untuk membeli belah dengan memilih barangan keperluan yang penting. sebelum berbelanja saya akan membuat senarai pembelian. ini adalah untuk langkah berjaga-jaga supaya tidak membeli barangan tidak perlu. setiap orang perlu menulis apa yang mereka hendak beli dan membuat perbandingan harga.