Saya adalah seorang bapa kepada 5 orang anak menginginkan satu kehidupan yang sempurna dari segi kerohanian dan intelektual.Oleh itu saya amat menitikberatkan tentang pembelajaran anak-anak saya.Saya sentiasa ingin mengetahui apa yang telah anak-anak saya pelajari di sekolah setiap hari.Ini penting bagi saya memastikan anak-anak saya faham apa yang telah dipelajari oleh mereka di sekolah.Saya sangat bersyukur kerana mempunyai isteri yang sangat memahami dan mengambil berat tentang rumahtangga kami dan ini menjadikan kehidupan saya dan keluarga amat sempurna dan bahagia sekali.