Perbelanjaan yang terkini adalah semasa memilih untuk membeli pakaian di The Sore Seremban, saya membuat carian berkenaan dengan harga pakaian di setiap pasaaya dengan mengguna internet untuk menyemak perjalanan harga sama ada terdapat potongan istimewa pakaian. Selepas menentukan untuk memilih pasaraya The Store Seremban terdapat link untuk membeli pakaian dan boleh ditempah melalui internet. Saya tidak membeli menggunakan pautan tersebut kerana kerana terdapat yuran tambahan akan dikenakan apabila membuat tempahan melalui internet, jadi saya pergi ke pasaraya The Store untuk mencuba pakaian dan melihat jika terdapat pakaian lain yang menarik serta terdapat potongan harga dan membeli pakaian dengan pembayaran tunai. Walaupun mengambil masa yang agak lama dengan keadaan jalan yang sesak dan kesukaran mendapatkan tempat letak kereta, saya merasakan ia berbaloi kerana dapat memilih dan mencuba pakaian sebelum pembelian dilakukan. Kali ini saya pergi dengan sendiri dan akan membawa keluarga saya ke sini untuk memilih pakaian yang menarik dan sesuai kerana potongan harga istimewa berlangsung selama sebulan dan saya memperolehi kupon penjimatan apabila membeli pakaian kali yang kedua. Kedatangan saya secara sendiri tidak sia- sia.