Dengan ini, terdapat beberapa langkah boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengatasi gejala ini. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan anak-anak.Terlebih dahulu, pihak ibu bapa haruslah mendidik anak-anak supaya mereka mempunyai pemahaman dan sikap yang betul terhadap hubungan seks. Ibu bapa juga perlu memberi didikan moral dan agama yang secukupnya agar anak-anak tidak melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, nilai-nilai moral haruslah diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka dari kecil lagi.