Proses pembentukan tamadun manusia bermula apabila wujud hubungan,iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam sekelilingnya.Manusia akan memilih kawasan yang memudahkan mereka menjalani kehidupan harian.Lembah sungai dipilih sebagai lokasi petempatan kekal oleh manusia pada zaman dahulu disebabkan oleh pelbagai manfaat sungai kepada manusia.Antaranya termasuklah sumber air,makanan,pengangkutan dan perhubungan.Hal ini jelas menunjukkan bahawa sungai memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.Namun begitu,masalah pencemaran sungai pada masa ini amat membimbangkan