Saya percaya rakyat menerima dengan baik, dengan positif sebab apabila saya turun padang berada dalam program berjumpa dengan rakyat, berjumpa dalam tinjauan mesra, saya melihat bahawa suasana, mood hari ini lebih baik. Saya melihat bahawa sambutan yang diberikan kepada saya, kepada Timbalan Presiden, kepada pemimpin-pemimpin lain lebih positif tetapi kita juga harus sedar bahawa pembangkang begitu aktif, mereka akan menyerang, menyelar kita dan mereka akan cuba mengalih pandangan kita dengan mempertikaikan apa saja program yang kita buat dan menimbulkan isu-isu yang tidak sepatutnya dijadikan isu. Jadi dengan keadaan dengan sedemikian kita kena melakukan apa yang patut untuk meyakinkan kepada rakyat bahawa sebarang unsur negative dari segi persepsi yang cuba dilontarkan itu tidak akan diterima oleh rakyat.