Saya lebih berjimat cermat dalam perbelanjaan untuk tujuan rekreasi dan hiburan kerana ianya agak mahal.Tetapi saya akan berkongsi dengan ahli keluarga untuk melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan kos kewangan bagi meringan beban dan mengurangkan kos perbelanjaan untuk tujuan aktiviti tersebut. Kami akan mencari maklumat berkaitan perbelanjaan yang diperlukan demi mengimbangi perbelanjaan kami agar tidak terlajak berbelanja. Berbelanja berlebih sangat membazir.Untuk perbelanjaan buku dan majalah pula,saya memilih untuk membeli buku atau majalah yang berfaedah agar tidak melakukan pembaziran yang berlebih. Saya memilih untuk membeli buku atau majalah yang harganya berbaloi dengan isinya.Untuk haiwan peliharaan pula,saya berbelanja lebih sedikit untuk memberi kehidupan yang baik dan lengkap kepada haiwan peliharaan saya tersebut. Segala aktiviti berfaedah dilakukan pada masa lapang dan cuti dengan perbelanjaan ang tidak keterlaluan. Dalam apa yang dilakukan,saya sentiasa melakukan belanjawan terlebih dahulu agar tidak berbelanja lebih daripada yang saya mampu