Kenanangan paling positif: Semasa di persekolahan menengah ada seorang rakan yang sangat menolong saya dalam akademik. saya tidak pandai dalam subjek matematik, oleh itu sentiasa rasa sedih dan kurang yakin diri.saya bukan seorang pelajar yang pandai pada masa tersebut tetapi ada satu rakan yang sama kelas dengan saya, dia sangat menolong saya dalam akademik saya, ada apa yang saya tidak faham seperti matematik, dia akan mengajar saya tanpa rasa bazir masa.oleh itu, keputusan saya telah bertambah baik dengan didikan saya. Ini adalah kenangan yang paling positif saya dapat fikirkan dalam kehidupan saya. Kalau tiada kawan ini, saya rasa saya tidak akan ada kehidupan yang begitu bagus pada masa sekarang. saya tidak akan ada peluang belajar di universiti.