Bukan soal pulang ke kampung yang membuatku sedih,tetapi kerena aku tidak mampu menyuarakan keinginanku kepada ibu,betapa cuti sekolah yang terakhir di alam sekolah menengah ini aku ingin memanfaatkannya bersama-sama teman-teman sekelas,terutama majlis perpisahan pengetua sekolah.Lebih membuatkan aku sedih,kerana aku berpura-pura bahawa aku gembira dan tidak sabar-sabar mahu pulang ke kampung,sebenarnya aku tidak memiliki perasaan itu.