Kenangan makan bersama rakan 2 seperjuangan seramai 15 oranga ketika mengadakan kursus di Tok Bali Kelantan beberapa bulan yang lepas. Ia meninggalkan seribu satu kenangan yang manis ketika makan malam bersama di restoran ikan bakar di sana. Makan malam ini di buat kerana malam ini adalah malam terakhir kami disini menjalani kursus keran esok hari terlakhir kami akan menduduki peperiksaan. Jadi inila peluang kami untuk bertemu secara bebas tidak seperti bertemu didalam kelas. Suasana yang damai di Restoran ikan bakar , ikan bakar yang segar dan memang sedap dengan pelbagai aneka ikan , kerang, dan makan laut yang lain beserta sos dari pelbagai negeri seperti air asam, sambal cencaluk, sambal kicap,sambal belacan, sambal budu dan lain lain. Keenakan makanan yang tidak dapat di lupakan sambil bercerita mengenai peribadi dan perniagaan sungguh menyimpan seribu kenangan. Ini la tujuan makan malam bersama untuk menyatukan ukhwah dan mengeratkan silaturahim antara kami. Bermula dari jam 8 pm kami mula berkumpul. Mula Mengambil hidangan dan menjamu selera Sambil berbual dengan gelak tawa, gurau senda tanpa tidak sedar ia berlanjutan sehingga jam 12. Bukan tidak mahu sambung perbualan kami kerana esok perlu bangun awal untuk menduduki peperiksaan, dan kami saling mengucapkan selamat maju jaya antara yang lain dan bersurai.