sewaktu kecil, puan nirmala suka membantu ibu dan kakaknya di dapur. aktiviti memasak ketika itu agak sukar dan rumit. rempah-ratus seperti cili kering, jintan, kunyit dan ketumbar perlu ditumbuk dahulu kemudian barulah dicampurkan dalam masakan.
puan nirmala suka memasak tetapi dia tidak suka menumbuk rempah-ratus. oleh itu timbul cita-citanya untuk menghasilkan rempah-ratus dalam bentuk serbuk dan basah. beliau mahu menjadikan aktiviti memasak sesuatu yang mudah sambil menyeronokkan
.