Saya tinggal di tempat yang sangat maju, iaitu johor bahru. Tempat tinggal saya mempunyai kemudahan persekitaran yang banyak, dan hal ini telah mempermudah kehidupan penduduk yang tinggal berdekatan. Kemudahan persekitaran yang dimaksudkan dj sini termasuk padang, sekolah, kemudahan rekreasi, dewan serbaguna, dan sebagainya. TetapI saya berasa hubungan antara jiran adalah kurang mesra, dan hal inI mungkin disebabkan oleh kehidupan bandar jiran yang agak sibuk. Jiran saya selalu keluar bekerja pada awal pagi, dan balik pada lewat petang. Dengan ini, kami kurang berkomunikasi dan menyebabkan terjadinya hubungan yang tegang. Apa yang saya suka terhadap tempat tinggal saya adalah kemudahan persekitarannya yang lengkap. Dengan adanya kemudahan twraebut, kehidupan penduduk telah menjadi senang. Perkara yang saya paling tidak menyukai dalam tempat tinggal saya ialah cara komunikasi yang kurang berkesan antara jiran.