Selain itu, penghormatan pada kaum wanita juga adalah salah satu nilai yang masih dipertahankan dalam masyarakat india. Dalam sistem keluarga masyarakat india “ibu” dianggap sangat mulia sehingga unsur- unsur semulajadi diibaratkan sebagai “ibu”. Contohnya, “iyarkai Annai”. Annai bermaksud ibu. Selain itu, ibu juga diberi penghormatan yang tinggi sehingga tuhan dikatakan bersifat keibuan iaitu “Amman”. Anak – anak ditekankan supaya menghormati dan menjaga ibunya sejak kecil lagi. Walaupun bapa memainkan peranan penting tetapi ibu adalah dianggap mulia dan perlu diberi penghormatan.