Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan
Jika kita melihat di Wikipedia, pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Konsep pengangkutan boleh dihubungkan dengan nilai wang sekiranya digunakan untuk menjelaskan kos. Ia juga boleh dihubungkan dengan ruang sekiranya ia digunakan untuk menjelaskan aspek lokasi.
Pengangkutan mempunyai sistem yang tersendiri dan terdapat ciri dan pengaruh yang berlainan ke atas setiap kegiatan ekonomi penduduk.
Antara contoh sistem pengangkutan itu adalah kereta, motor, kereta api, kapal terbang, kapal, kapal selam dan lain-lain lagi.