Kenyataan rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Peperiksaan ulangan Sijil Pelajaran Malaysia bagi subjek Sejarah Kertas 1 (1249/1) dan Sejarah Kertas 2 (1249/2) akan diadakan pada 8 Disember 2016 berikutan terdapat bukti yang cukup bahawa soalan sebenar telah disebarkan sebelum masa peperiksaan sebenar berlansung.
Sehubungan dengan itu, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengenal pasti punca dan dalang sebenar disebalik kejadian ini.
Menurut sumber, mesej yang mula tersebar itu mengandungi soalan yang mirip dengan soalan yang dikeluarkan dalam kertas peperiksaan tersebut.
Sementara itu Menteri Pendidikan Malaysia, Dato' Seri Mahdzir Khalid turut meluahkan rasa kecewa berikutan ini peristiwa kedua berlaku selepas tahun 2009 bagi subjek Matematik Moden.
Para pelajar juga diminta bersedia bagi menduduki peperiksaan ulangan ini.