Bahawa dalam suatu Kongres yang diadakan di Kuala Lumpur pada 1,2,3 dan 4 Mac 1946, dihadiri oleh wakil-wakil daripada 41 buah Persekutuan Melayu Semenanjung Tanah Melayu yang sebutannya ini adalah termasuk Tanah Jajahan Negeri Selat, telah dipersetujukan dengan sebulat suara suatu ketetapan bahawa berbagai-bagai Persekutuan Melayu sekarang ataupun kemudiannya diterima sebagai ahli dengan cara yang disebutkan di belakang ini hendaklah disatukan kepada dan dikawal oleh sebuah pertubuhan pusat.