Semua orang mempunyai tanggungjawab dalam kehidupan mereka.Sebagai seorang anak yang baik,kita juga bertanggungjawab untuk meringankan bebanan yang dipikul oleh ibubapa kita.
Banyak cara yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibubapa kita.Kita boleh menolong ibubapa melakukan kerja rumah seperti membasuh kain,menjaga adik dan menyapu sampah.Sikap ringan tulang itu sudah pasti akan menggembirakan hati ibubapa kita.Jika kita selalu membantu ibubapa kita,mereka akan mempunyai lebih masa untuk berehat.
Bukan itu sahaja, jika kita mempunyai adik yang masih kecil, kita boleh meringankan bebanan ibubapa dengan sikap tolong-menolong.Menunjukkan sikap prihatin,kasih sayang dan toleransi sesama adik-beradik pasti membentuk sebuah keluarga yang bahagia.Keluarga yang bahagia akan mengelakkan ibubapa kita menghadapi tekanan atau "stress".
Di samping itu,sikap berjimat-cermat dalam berbelanja juga boleh meringankan bebanan ibubapa.Baki wang belanja yang diberi boleh disimpan dalam tabung.Sikap mulia ini lambat laun akan menjadi seperti "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit".Wang simpanan itu sedibit sebanyak boleh digunakan pada waktu kecemasan atau untuk membayar yuran sekolah dan lain-lain.
Selain daripada fenomena itu,banyak lagi cara boleh dilakukan oleh anak untuk meringankan bebanan ibubapa.Sikap kita yang bersungguh-sungguh dan rajin semasa belajar hingga meraih kejayaan akan membuat ibubapa berasa bangga.Jika kita memang bijak dan begitu komited dengan pelajaran, ibubapa tidak perlu berhabis wang ringgit untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen atau seminar.
Hakikatnya, semua itu amat bergantung kepada sikap positif anak-anak terhadap ibubapa mereka.Seorang anak perlu sedar bahawa menolong meringankan bebanan ibubapa adalah satu tanggungjawab dan akan mendapat pahala.