Pendahuluan
Setelah menelusuri pembelajaran dan pemudahcaraan prosa tradisional, yakni Asal Padi (halaman 17 - 28) dalam antologi teks KOMSAS Bahasa Melayu Tingkatan 1 - Kuingin Berterima Kasih bersama-sama murid-murid Tingkatan 1, terlahir akan ilham dan keinginan yang kuat dalam hati sanubari saya sebagai munsyi bahasa untuk memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid bimbingan untuk menelaah, menghayati dan memahami mesej teks prosa tradisional dari sudut wacana prosa (sinopsis) dan wacana puisi (sajak). Barangkali, pendekatan secara kreatif ini setidak-tidaknya mesra murid dan seterusnya dapat menggalakkan murid-murid, terutamanya murid-murid bukan Melayu untuk mendekati teks prosa tradisional secara dekat sekali gus menjayakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah, yakni murid belajar, guru pula memberikan tunjuk ajar agar yang baik dijadikan teladan, yang kurang baik dijadikan sempadan di buana pendidikan.
Kaedah Sinopsis - Asal Padi
Pada zaman dahulu, hidup sepasang suami isteri yang sangat kaya. Suami isteri itu mempunyai dua orang cahaya mata. Kedua-duanya anak lelaki. Malangnya, kedua-dua suami isteri itu telah meninggal dunia meninggalkan kedua-dua anak lelaki mereka yatim piatu. Yang sedihnya, semua ternakan dan harta peninggalan telah habis diambil orang jahat kecuali sebuah kolam ikan milik keluarga.
Si Bongsu, anak sulung, sudah dewasa tetapi cacat. Kedua-dua tumitnya berlubang. Pada suatu hari, bertemulah Si Bongsu dengan tujuh orang wanita yang baru selesai mandi dan bersiap-siap untuk pulang. Si Bongsu meninggalkan bumi bersama-sama tujuh orang wanita ke kayangan.
Di kayangan, Si Bongsu terlihat dan tertarik akan benda kuning yang berkilau-kilauan ditimpa sinar matahari, kononnya digelarnya sebagai emas. Empunya padi itu memberitahu Si Bongsu bahawa benda itu ialah padi, teramat enak dan berfaedah. Si Bongsu memohon sedikit padi untuk ditanam di bumi tetapi tidak dibenarkan dan dihalau oleh empunya padi tersebut. Si Bongsu hanya dibenarkan makan di kayangan sahaja. Memang lazat makanan yang aneh itu.
Si Bongsu mencari akal agar ia dapat menyembunyikan benih tanaman itu sebelum turun ke bumi. Si Bongsu memasukkan segenggam padi yang sedang dijemur ke dalam mulutnya tetapi dapat dikesan oleh empunya padi beberapa langkah di tangga pelangi. Akhirnya Si Bongsu menjadi hamba empunya padi atas alasan kakinya terlalu sakit dan tidak dapat turun ke bumi. Tidak berapa lama kemudian, luka pada tumit Si Bongsu sembuh. Si Bongsu bertindak menyembunyikan butir-butir padi di dalam lubang luka pada tumit kakinya sebelum memohon izin untuk pulang ke bumi. Sebelum itu, Si Bongsu diperiksa dengan teliti. Akhirnya, sampai jugalah anak yatim piatu itu ke kampungnya di bumi dengan selamat.
Si Bongsu menanam benih padi di ladangnya. Sebaik padi tumbuh di bumi, padi di kayangan tidak mahu menjadi. Padi kayangan itu berhasil dapat dicuri dan ditanam di bumi. Orang kayangan mengutuskan burung pipit untuk membuat siasatan. Burung pipit membohongi orang kayangan kononnya bumi tidak ditumbuhi padi sedangkan paruhnya tampak putih, jelas menunjukkan pipit baru sahaja habis makan padi. Pipit dan Si Tekuri kembali ke bumi untuk menyiasat. Yang jelas, laporan Si Pipit tidak benar. Si Tekuri dan Si Pipit bertengkar dan berlaga. Kerongkong Si Pipit disepit keras-keras hanya temboloknya yang berputar ke arah tengkuknya. Demikianlah cerita asal mulanya padi ada dan tumbuh di bumi.
Pendahuluan Setelah menelusuri pembelajaran dan pemudahcaraan prosa tradisional, yakni Asal Padi (halaman 17 - 28) dalam antologi teks KOMSAS Bahasa Melayu Tingkatan 1 - Kuingin Berterima Kasih bersama-sama murid-murid Tingkatan 1, terlahir akan ilham dan keinginan yang kuat dalam hati sanubari saya sebagai munsyi bahasa untuk memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid bimbingan untuk menelaah, menghayati dan memahami mesej teks prosa tradisional dari sudut wacana prosa (sinopsis) dan wacana puisi (sajak). Barangkali, pendekatan secara kreatif ini setidak-tidaknya mesra murid dan seterusnya dapat menggalakkan murid-murid, terutamanya murid-murid bukan Melayu untuk mendekati teks prosa tradisional secara dekat sekali gus menjayakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah, yakni murid belajar, guru pula memberikan tunjuk ajar agar yang baik dijadikan teladan, yang kurang baik dijadikan sempadan di buana pendidikan.Kaedah Sinopsis - Asal Padi Pada zaman dahulu, hidup sepasang suami isteri yang sangat kaya. Suami isteri itu mempunyai dua orang cahaya mata. Kedua-duanya anak lelaki. Malangnya, kedua-dua suami isteri itu telah meninggal dunia meninggalkan kedua-dua anak lelaki mereka yatim piatu. Yang sedihnya, semua ternakan dan harta peninggalan telah habis diambil orang jahat kecuali sebuah kolam ikan milik keluarga. Si Bongsu, anak sulung, sudah dewasa tetapi cacat. Kedua-dua tumitnya berlubang. Pada suatu hari, bertemulah Si Bongsu dengan tujuh orang wanita yang baru selesai mandi dan bersiap-siap untuk pulang. Si Bongsu meninggalkan bumi bersama-sama tujuh orang wanita ke kayangan. Di kayangan, Si Bongsu terlihat dan tertarik akan benda kuning yang berkilau-kilauan ditimpa sinar matahari, kononnya digelarnya sebagai emas. Empunya padi itu memberitahu Si Bongsu bahawa benda itu ialah padi, teramat enak dan berfaedah. Si Bongsu memohon sedikit padi untuk ditanam di bumi tetapi tidak dibenarkan dan dihalau oleh empunya padi tersebut. Si Bongsu hanya dibenarkan makan di kayangan sahaja. Memang lazat makanan yang aneh itu. Si Bongsu mencari akal agar ia dapat menyembunyikan benih tanaman itu sebelum turun ke bumi. Si Bongsu memasukkan segenggam padi yang sedang dijemur ke dalam mulutnya tetapi dapat dikesan oleh empunya padi beberapa langkah di tangga pelangi. Akhirnya Si Bongsu menjadi hamba empunya padi atas alasan kakinya terlalu sakit dan tidak dapat turun ke bumi. Tidak berapa lama kemudian, luka pada tumit Si Bongsu sembuh. Si Bongsu bertindak menyembunyikan butir-butir padi di dalam lubang luka pada tumit kakinya sebelum memohon izin untuk pulang ke bumi. Sebelum itu, Si Bongsu diperiksa dengan teliti. Akhirnya, sampai jugalah anak yatim piatu itu ke kampungnya di bumi dengan selamat. Si Bongsu menanam benih padi di ladangnya. Sebaik padi tumbuh di bumi, padi di kayangan tidak mahu menjadi. Padi kayangan itu berhasil dapat dicuri dan ditanam di bumi. Orang kayangan mengutuskan burung pipit untuk membuat siasatan. Burung pipit membohongi orang kayangan kononnya bumi tidak ditumbuhi padi sedangkan paruhnya tampak putih, jelas menunjukkan pipit baru sahaja habis makan padi. Pipit dan Si Tekuri kembali ke bumi untuk menyiasat. Yang jelas, laporan Si Pipit tidak benar. Si Tekuri dan Si Pipit bertengkar dan berlaga. Kerongkong Si Pipit disepit keras-keras hanya temboloknya yang berputar ke arah tengkuknya. Demikianlah cerita asal mulanya padi ada dan tumbuh di bumi.
正在翻譯中..