6. Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.
FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung.
Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada
Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung
yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh
pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 17 PEMBUBARAN
1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu
mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka
segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut
cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.
FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
1. Bendera
-
Keterangan
-
2. Lambang
Keterangan
Perkataan abjad dalam bahasa cina yang berwarna merah adalah nama
pertubuhan pengajarn confucian qing de sibu. manakala bunga teratai yang
terdapat pada lambang pertubuhan adalah bermaksud keamanan