FASAL 10 KEWANGAN
1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang
Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi
menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran
gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta
upah juruaudit.
2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 200.00
(Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari
jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan.
3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah
ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka
sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan
semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.
4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu
Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih
dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 2,000.00
(Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa
mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 1,000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh
diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
5. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan
diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan
seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah
diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk
diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut
hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
6. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari
1 Januari .