ANTARA USAHA SAYA UNTUK MENGGALAKKAN KESIHATAN IALAH MENGAMBIL PRODUK MAKANAN TAMBAHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN, ANTARANYA IALAH VITAMIN B, C, E, KALSIUM, DAN MINYAK IKAN. BARU-BARU INI SAYA BERCADANG UNTUK MEMBELI PRODUK VITAMIN B, C DAN E MEMANDANGKAN PRODUK VITAMIN YANG SEDIA ADA TELAH HABIS DAN SAYA INGIN MENDAPATKANNYA SECEPAT MUNGKIN. SAYA TELAH MENCARI MAKLUMAT DI INTERNET DAN PADA MULANYA BERCADANG MEMBELI PRODUK VITAMIN INI DI INTERNET. SAYA MENDAPAT TAHU BAHAWA SETELAH PEMBAYARAN TELAH DIMASUKKAN KE AKAUN PENIAGA MELALUI INTERNET, PRODUK YANG DIPESAN MENGAMBIL MASA ANTARA DUA HINGGA HARI BEKERJA UNTUK SAMPAI KEPADA PENERIMA, DAN TIADA JAMINAN AKAN DIBERIKAN SEKIRANYA PRODUK TERSEBUT ROSAK. OLEH ITU, SAYA MEMILIH UNTUK MEMBELI PRODUK VITAMIN ITU DI GUARDIAN YANG BERDEKATAN MEMANDANGKAN SAYA MEMERLUKAN PRODUK ITU DENGAN CEPAT, DAN IANYA HANYA MENGAMBIL MASA BEBERAPA JAM SAHAJA UNTUK MENDAPATKAN PRODUK TERSEBUT.