Antara faktor utamanya ialah pengaruh rakan sebaya. Golongan remaja mudah menerima ajakan rakan untuk berlumba kerana ingin dianggap berani. Selain itu, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat akan pergaulan anak-anak juga menjadikan gejala ini berleluasa. Pengaruh filem seperti filem-filem aksi lumba serta penerbitan majalah kenderaan ubah suai, permainan video, serta komik yang mengetengahkan aksi lumba, turut memainkan peranan. Perkara yang lebih buruk, ada pihak yang menjadi penganjur perlumbaan haram dengan menyediakan hadiah bagi pemenang