Selain itu, hal ini turut berlaku disebabkan oleh keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang melanda ke atas diri seseorang remaja. Individu ini berasa tertekan dengan persekitaran keluarga yang kucar-kacir dan tidak terurus. oleh itu,mereka menikmati keseronakkan diluar untuk melepaskan stres yang dihadapi. Namun begitu, keseronakkan yang mereka nikmati hanyalah sementara kerana kesoronokan yang pilih adalah jalan yang salah dan terpesong. Mereka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat iaitu terlibat dalam aktiviti penagihan dadah dan minuman alkohol serta terlibat di dalam aktiviti jenayah. Mereka tidak beresa gentar kerana ibu bapa mereka tidak mempedulikan perihal mereka dalam aktiviti seharian. Mereka bebas untuk melakukan apa-apa sahaja untuk memuaska hati mereka tanpa ada sesiapapun yang menghalang mereka.