TEMA
Tema prosa tradisional ini ialah peristiwa pembukaan Negeri Patani.
Phaya Tu Naqpa berasa kagum akan pelanduk putih yang dikejar anjing tetapi pelanduk tersebut berjaya menghilangkan diri. Oleh itu, baginda berasakan bahawa tempat tersebut sangat sesuai untuk dijadikan negeri. Setelah itu raja juga bertemu dengan sepasang suami isteri dan setelah mengetahui asal-usulnya, lalu dibuka negeri baharu yang diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani.
PERSOALAN
i. Kerjasama dalam membina sebuah kerajaan.
Contoh: Semua pengikut Phaya Tu Naqpa bekerjasamana dalam usaha membina sebuah kerajaan baru bernama Patani Dar al-Salam.
ii. Keberanian dalam menegakkan kebenaran.
Contoh: Syeikh Said berani menuntut janjinya dengan Phaya Tu Naqpa agar memeluk Islam kerana dia berjaya mengubati penyakit raja. Sekiranya baginda masih mungkir janji dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.
iii. Kebolehan luar biasa dalam mengubati penyakit.
Contoh: Syeikh Said mampu mengubati penyakit dengan kelebihan yang ada pada dirinya.
iv. Menunaikan janji yang telah dibuat.
Contoh: Phaya Tu Naqpa menunaikan janjinya dengan memeluk agama Islam setelah sembuh daripada penyakitnya sebanyak tiga kali.
v. Peristiwa pengislaman seorang pemerintah.
Contoh: Phaya Tu Naqpa telah memeluk agama Islam dengan bimbingan Syeikh Said.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Phaya Tu Naqpa
Nama asalnya Phaya Tu Antara.
Nama sewaktu menjadi raja ialah Phaya Tu Naqpa.
Nama Islamnya ialah Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam.
Seorang raja yang tidak berpegang pada janji.
Contoh: Phaya Tu Antara tidak memegang janjinya untuk memeluk agama Islam setelah diubati oleh Syeikh Said pada kali pertama.
Akur kepada janji setelah ditimpa musibah.
Contoh: Phaya Tu Naqpa memeluk agama Islam setelah diserang penyakit buat kali ketiga.
Mempunyai tiga cahaya mata.
Contoh: Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai, dan Mahacai Pailang.
Watak Sampingan
Syeikh Said
Berkebolehan mengubati penyakit.
Contoh: Syeikh Said berkebolehan mengubati penyakit raja hingga sembuh.
Tegas pendirian dalam membuat sesuatu keputusan.
Contoh: Syeikh Said bertegas tidak mahu mengubati raja sekiranya baginda tetap tidak mahu memeluk agama Islam setelah diubati kali ketiga.
Berani kerana benar.
Contoh: Syeikh Said bertegas sekiranya raja tidak menunaikan janjinya, dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.
Mengislamkan Phaya Tu Naqpa.
Contoh: Syeikh Said mengajarkan Phaya Tu Naqpa mengucap dua kalimah syahadah.
Kerub Picai Paina
Anak sulung kepada Phaya Tu Naqpa ( Phaya Tu Antara )
Menggunakan gelaran Sultan Mudaffar Syah setelah memeluk agama Islam.
Tuanku Mahacai
Anak perempuan kepada Phaya Tu Naqpa
Anak kedua daripada tiga adik beradik
Menggunakan gelaran Raja Aisyah setelah peluk agama Islam
Mahacai Pailang
Anak bongsu kepada Phaya Tu Naqpa
Menggunakan gelaran Sultan Manzur Syah setelah memeluk agama Islam.
Tuk Besar
Seorang yang bertanggungjawab.
Contoh:Tuk Besar bertanggungjawab mengebumikan mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin.
LATAR
Latar Tempat
i. Jambatan Kedi
Contoh: tempat Encik Tani turun ke laut
ii. Pintu Gajah
Contoh: Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh.
iii. Kampung orang Pasai
Contoh: tempat tinggal Syeikh Said.
iv. Balairung istana
Contoh: Tempat raja, menteri , hulubalang dan semua rakyat menjalankan proses pengislaman.
v. Sungai
Contoh: Tempat mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihanyutkan.
Latar Masa
i. Zaman pemerintahan Phaya Tu Naqpa
Contoh: Phaya Tu Naqpa menjadi raja di negeri Patani Dar al-Salam.
ii. Malam
Contoh: Abdul Mukmin menghantar tembaga ke kapal pedagang Melaka pada waktu malam untuk mengelakkan kegiatannya dikesan oleh pemerintah.
iii. Bulan Ramadan.
Contoh: Abdul Samad membuat tiga pucuk meriam.
Latar Masyarakat
i. Masyarakat feudal.
Contoh: Negeri yang diketuai oleh raja iaitu Raja Phaya Tu Naqpa.
ii. Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah.
Contoh: Rakyat memeluk agama Islam setelah pemerintah memeluk agama Islam kerana mereka taat pada pemerintah.
iii. Masyarakat yang menerima pengaruh agama Islam.
Contoh: Phaya Tu Naqpa, dan rakyatnya memeluk agama Islam setelah baginda sembuh daripada penyakit buat kali ketiga.
iv. Masyarakat yang tidak berpegang teguh pada janji.
Contoh: Phaya Tu Naqpa tidak menunaikan janji untuk memeluk Islam setelah dua kali penyakitnya disembuhkan oleh Syeikh Said.
GAYA BAHASA
i. Bahasa istana
Contoh: sultan, ayahanda, patik, hulubalang, titah dan bersemayam.
ii. Bahasa Arab
Conto : karar
iii. Kata ganda
Conto : gilang-gemilang, bersungguh-sungguh, dan siapa-siapa.
iv. Simile
Contoh: besarnya seperti kambing
v. Hiperbola
Contoh: Warna tubuhnya gilang-gemilang
NILAI
i. Nilai bekerjasama.
Contoh: Rakyat jelata bekerjasama membina negeri baharu.
ii. Nilai keberanian.
Contoh: Syeikh Said sangat berani menuntut raja menunaikan janjinya.
iii. Nilai berpendirian tegas.
Contoh: Syeikh Said sangat tegas dalam membuat sesuatu keputusan.
iv. Nilai menepati janji.
Contoh: Phaya Tu Naqpa akhirnya menepati janji setelah tiga kali ditimpa
musibah.
v. Nilai keinsafan.
Contoh: Phaya Tu Naqpa insaf akan kesilapan dirinya tidak menepati janji. Akhirnya baginda insaf dan bersedia untuk memeluk agama Islam.
PENGAJARAN
i. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.

ii. Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran.
Contoh: Syeikh Said sangat berani kerana menuntut raja menunaikan janji yang telah dibuat.
iii. Kita hendaklah tegas dalam membuat sesuatu keputusan.
Contoh: Syeikh Said sangat tegas dengan keputusannya.
iv. Kita hendaklah menepati janji.
Contoh: Phaya Tu Naqpa telah menunaikan janjinya dengan memeluk agama Islam .
v. Kita hendaklah insaf apabila menyedari diri telah melakukan kesilapan.
Contoh: Phaya Tu Naqpa insaf setelah dua kali memungkiri janji dan akhirnya baginda insaf dan memeluk Islam.
SOALAN
i. Nyatakan asal-usul nama negeri Patani Dar al-Salam?
ii. Nyatakan dua peristiwa aneh yang berlaku terhadap mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin setelah mayat mereka dihanyutkan ke sungai?
JAWAPAN
i. Nama negeri Patani Dar al-Salam diambil sempena nama Encik Tani.
ii. Dua peristiwa aneh yang berlaku terhadap mayat tersebut ialah mayat Syeikh Gambak timbul separas pinggangnya, manakala mayat Abdul Mukmin pula timbul separas dadanya . Apabila air surut kedua-dua mayat itu hanyut ke hilir secara beriringan seperti orang berjalan. Apabila air pasang pula kedua-dua mayat tersebut hanyut balik ke jambatan.
TEMATema prosa tradisional ini ialah peristiwa pembukaan Negeri Patani.Phaya Tu Naqpa berasa kagum akan pelanduk putih yang dikejar anjing tetapi pelanduk tersebut berjaya menghilangkan diri. Oleh itu, baginda berasakan bahawa tempat tersebut sangat sesuai untuk dijadikan negeri. Setelah itu raja juga bertemu dengan sepasang suami isteri dan setelah mengetahui asal-usulnya, lalu dibuka negeri baharu yang diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani.PERSOALANi. Kerjasama dalam membina sebuah kerajaan. Contoh: Semua pengikut Phaya Tu Naqpa bekerjasamana dalam usaha membina sebuah kerajaan baru bernama Patani Dar al-Salam.ii. Keberanian dalam menegakkan kebenaran. Contoh: Syeikh Said berani menuntut janjinya dengan Phaya Tu Naqpa agar memeluk Islam kerana dia berjaya mengubati penyakit raja. Sekiranya baginda masih mungkir janji dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.iii. Kebolehan luar biasa dalam mengubati penyakit.Contoh: Syeikh Said mampu mengubati penyakit dengan kelebihan yang ada pada dirinya.iv. Menunaikan janji yang telah dibuat.Contoh: Phaya Tu Naqpa menunaikan janjinya dengan memeluk agama Islam setelah sembuh daripada penyakitnya sebanyak tiga kali.v. Peristiwa pengislaman seorang pemerintah.Contoh: Phaya Tu Naqpa telah memeluk agama Islam dengan bimbingan Syeikh Said.WATAK DAN PERWATAKANWatak UtamaPhaya Tu NaqpaNama asalnya Phaya Tu Antara.Nama sewaktu menjadi raja ialah Phaya Tu Naqpa.

正在翻譯中..