Kuala lumpur: sebanyak 191 kertas siasatan dibuka berhubung kegagalan pelaksanaan giji minimum sejak 1 Januari tahun lalu hingga Mac tahun ini dengan 118 daripadanya dibawa ke mahkamah, Dewan Negara diberitahu semalam.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib berkata, daribapada jumlah itu 64 kes pendakwaan selasai dengan jumlah denda RM211,600.
“Tindakan di Mahkamah Baruh dibuat iaitu 1,260 kes dengan tuntutan RM20.5 juta.
“Jumlah diperintah bayar Mahkamah Buruh sejak 2014 hingga Mac tahun ini pula RM1.746 juta yang perlu dibayar kepada pekerja,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara di sini, semalam.
Baliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Syed Shahir Syed Mohamud yang ingin tahu jumlah majikan yang didakwa dimahkamah kerana gagal minimum.
Ketika ini, kadar gaji minimum bagi semenanjung RM900 sebulan atau RM4.33 sejam manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.
Maenjawab soalan tambahan daripada Syed Shahir menganai jumlah penguat kuasa yang memantau pelaksanaan gaji minimum, Ismail berkata, pada ketika ini 491 pegawai ditugaskan untuk pemantauan dan pemeriksaan perburuhan yang tidak hanya terhad kepada pelaksanaan gaji minimum.
“Kami (kementerian) akui menghadapi kekurangan tenaga penguatkuasaan. Kami berusaha memohon kepada kerajaan membuat penambahan pegawai penguat kuasa ini di bawah Kementerian Sumber Manusia.
“Namun begitu, ia tidak membantutkan usaha memberi jaminan dan keyakinan kepada pekerja terutama dalam membela masa depan mereka khusus dalam gaji minimum ini,” katanya.
Beliau berkata ia dilihat apsbila jumlah pemeriksaan berkanun yang dibuat sejak tahun lepas hingga 28 Februari 44,604 pemeriksaan. - BERNAMA