Pengaplikasikan teknologi ini juga dapat membantu menjalankan penguasaan terhadap kerja pemprosesan. Pengumpulan maklumat dan penganalisaan data saintifik adalah elemen penting khususnya bagi mengenalpasti dan menilai kemungkinan berlakunya sesuatu ancaman terhadap keselamatan makanan dan makanan ternakan. Terdapat pelbagai kaedah dan petunjuk bagi mengenalpasti masalah berkaitan keselamatan makanan. Ini termasuk data pengawasan di sepanjang rantaian makanan, pemantauan penyakit dan penyelidikan. Kesemuanya ini merupakan asas bagi langkah-langkah kawalan. Maklumat saintifik yang menyakinkan merupakan tunggak utama bagi memastikan keselamatan makanan.