Kita aku ada beberapa sedikit kelemahan dari segi corak persembahan, kelicinan acara dan bentuk pengisian ASA 2004, tetapi keseluruhan mood dan suasana majlis agak baik sekalipun hanya diikuti menerusi kaca TV. Memanglah ada pihak yang merungut mengenai keputusan juri, konsep persembahan dan pengisiannya yang sesakali merimaskan tetapi secara umumnya ASA 2004 menjadi permulaan menarik dan berpotensi untuk kelihatan mempesona dan membina reputasinya tersendiri.