1.0 PENGENALAN
Seksyen 29A, Akta Kilang Dan Jentera 1967 telah menyatakan bahawa tiada
seorang pun boleh membuat, fabrikasi, menguji, memasang, menyelenggara,
merombak dan membaikpulih mana-mana jentera yang dinyatakan di dalam kecuali
telah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pemeriksa.
Berdasarkan kepada perundangan di atas, setiap syarikat yang akan menjalankan
kerja-kerja pembuatan struktur mesin angkat hendaklah berdaftar dengan Jabatan
sebagai firma yang kompeten (Pembuat Struktur Mesin Angkat) sebelum
menjalankan kerja.
2.0 TUJUAN
Panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai prosedur dan syarat
pendaftaran dengan JKKP sebagai syarikat pembuatan struktur mesin angkat.
Skop pendaftaran meliputi :
SKOP PERMOHONAN
JENIS KOD PENERANGAN
MESIN ANGKAT
SMA01
Pe