pada pendapat saya, prinsip persahabatan yang paling saya titik beratkan adalah JUJUR, AMANAH & TOLERANSI. setiap manusia yang kita temui setiap hari mempunyai latar belakang dan prinsip hidup yang berbeza-beza. sikap, sifat dan perangai pun amat diluar jangkaan kita. untuk saya, pemilihan sahabat itu perlulah mempunyai ciri-ciri JUJUR, AMANAH & TOLERANSI tidak kiralah siapa mereka. sering kali kita selalu tertipu dengan helah manusia. rakan yang selalunya terlalu rapat dan baik dengan kita, ada kalanya boleh menikam diri kita daripada belakang. seperti talam dua muka. di depan kita mereka baik tetapi bila di belakang kita pelbagai cerita kita mereka sebarkan.