Setiap ahli di minta menilai projek yang dijalankan dari awal perancangan hinggalah pada akhir projek dijalankan. Kami telah membuat refleksi diri dengan meneliti faedah kekurangan dan kekuatan projek yang dilaksanakan.
Pada keseluruhannya projek ini telah Berjaya dilaksanakan. Setiap ahli kumpulan telah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan baik.Daripada refleksi ahli-ahli kumpulan, kami merumuskan bahawa banyak faedah yangtelah kami perolehi daripada projek khidmat masyarakat ini.
Antaranya, ialah kami dapat:
-mengetahui prosuder melaksanakan sesuatu program yang melibatkan ahli masyarakat.
-mewujudkan silaturahim dengan masyarakat setempat
-mewujudkan kerjasama, bertolak ansur dan hormat menghormati sesama ahli kumpulan
-membantu golongan remaja mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial