Negeri-negeri yang terbabit mula mencapai kemajuan kerana pelaburan semakin giat ekoran perkembangan perusahaan bijih timah dan tanaman-tanaman lain seperti kopi dan getah.
Selain itu, akibat kemasukan buruh yang ramai untuk bekerja di sektor-sektor ekonomi moden, petempatan-petempatan mula berkembang dan memunculkan perbandaran.
Namun di sebalik kebaikannya, berlaku ketidakseragaman pengagihan kekayaan antara negeri dan wilayah atau kawasan di dalam sesebuah negeri itu sendiri.