Perbelanjaan yang terkini adalah semasa saya memerlukan sebuah peranti smartphone yang baru untuk melayari internet. Saya meninjau laman-laman web review mengenai smartphone yang terkini dimana saya menjumpai sebuah kedai peralatan Handphone yang menawarkan harga berpatutan untuk jenama smartphone yang saya pilih. Saya telah menempah smartphone yang dipilih melalui laman web tersebut dan saya memilih untuk membayarnya secara online, dimana dengan menggunakan kaedah pembayaran online ini memudahkan saya, tidak perlu bersusah payah memandu ke lokasi kedai tersebut, mencari parking dan bersesak-sesak dijalan raya. Dengan pemilihan kaedah berbelanja atas talian tersebut, ianya membantu saya dapat berjimat kepada perkara-perkara yang perlu. Penghantaran smartphone yang dibeli adalah melalui kaedah perkhidmatan kurier Poslaju, dmana smartphone yang saya beli telah selamat sampai didalam keadaan yang sempurna selepas 3 hari bekerja.