Haiwan kesayangan saya adalah seekor burung tiung. Burung tiung saya mempunyai bulu yang cantik. Burung tiung saya bernama Si Cha Cha.
Saya menemui Si Cha Cha di bawah sepohon pokok jambu air kira-kira enam bulan yang lalu. Ketika itu Si Cha Cha kesakitan kerana sayapnya cedera.
Ibu membenarkan saya memelihara Si Cha Cha. Ayah pula menemani saya membawa Si Cha Cha ke klinik haiwan dan membelikan Si Cha Cha sebuah sangkar yang cantik.
Setiap hari saya akan memastikan Si Cha Cha diberi makan dan minum. Saya sangat gembira apabila melihat Si Cha Cha sihat dan ceria.