Saya sangat sukakan gadget seperti telefon pintar dan handbag. Bagi saya penggunaan telefon pintar yang moden dapat mencerminkan diri saya sebagai seorang yang professional. Saya juga akan berasa yakin apabila mengenakan pakaian yang berjenama untuk berjumpa dengan klien. Tidak perlu mahal dalam memilih pakaian hanya bermodalkan pakaian yang kemas dan rapi pandangan orang lain terhadap kita akan berubah. Saya melakukan pekerjaan separuh masa sebagai unit trust consultant. pandangan klien akan berubah berdasarkan penampilan kita. Saya merupakan seorang yg kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang lain. tapi dengan membeli barangan berjenama, ia akan menjadikan saya berkeyakinan untuk menghadap orang lain terutamanya klien-klien. Disebabkan saya bukan lah orang berada, saya hanya membeli beg tangan berjenama dan gadget yg berjenama. Kerana bagi saya dua benda ini yang akan memberi first impression orang terhadap kita.