Cara-cara mengatasi penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid.Bincangkan.Dewasa kini, kita sering terbaca di dada akhbar mengenai penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid yang sering menjadi isu polemik dalam kalangan media massa yang meniti dari bibir ke bibir.Mengapakah hal ini boleh menular dalam kalangan murid-murid? Sudahtentu sesuatu perkara yang berlaku ada puncanya. Hal ini kerana, pepohon pokok tidak akan berliuk lentuk jikalau tiada angin yang meniupnya.Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi penyalahgunaan dadah di kalanganmurid-murid.Antaranya, ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang pentingdalam membendung masalah ini. Ibu bapa hendaklah mendidik cahaya matamereka sejak kecil lagi mengenai penyalahgunaan dadah. Hal ini kerana,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh, apabila merekadewasa kelak, sudah tentu mereka pintar untuk membuat perbezaan untuk memilih intan atau kaca. Janganlah kita jadi seperti ketam yang mengajar anak mereka berjalan lurus, sedangkan dia sendiri yang berjalan senget.Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa dapat membendung penyalahgunaan dada di kalangan murid-murid.Selain itu, peranan pihak sekolah juga turut dapat mengatasi masalahini yang merebak seperti virus epidemik di kalangan murid-murid. Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkankemaslahatan kepada murid-murid. Biar kita ambil sebagai contoh, pihak sekolah boleh mengadakan ceramah mengenai penyalahgunaan dadah dikalangan murid-murid. Melalui cara ini, murid-murid dapat menghindarkandiri mereka daripada perkara yang tidak berfaedah seperti mencencang air yang boleh membawa impak negatif dalam diri mereka. Oleh hal yangsedemikian, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan yang penting bagimengatasi masalah ini yang boleh menjejaskan imej sesebuah sekolah.