Assalam Ydh. Tuan KPD dan Tuanx.
PERKEMBANGAN SAR 04 ORANG MANGSA HILANG DI KAWASAN LAUT PULAU BALAMBANGAN KUDAT BERAKHIR 081300 HRS.
1. Pada 081000 hrs dapat makluman dari Juragan Bot Nelayan KT 289/3/F penama: Amiruddin Bin Tongkod ,L,44 Thn,B: Indonesia yang sedang menunda ikan di utara Pulau Kalampunian telah tersangkut sebuah bot bersama 2 enjin sangkut.
Juragan cuba menaikkan bot bersama kedua- dua enjin tetapi jaring putus kerana berat.
Walaubagaimanapun satu enjin jenis YAMAHA 3 HP berjaya diambil.Bot bersama enjin 30 HP telah tenggelam semula.
2. Lokasi Bot mangsa dan enjin 30 HP tenggelam :
2.1 LAT: 07° 04 905 N LONG : 116° 44 903 E Lebih kurang 2.8 BN Utara Tanjung Simpang Mengayau.
2.2 Kedalaman air antara 28 meter hingga 40 meter.
3. Botronda RH 18 yang menjalankan rondaan SAR di Kawasan Tg Simpang Mengayau telah membawa Enjin sangkut tersebut ke Pkln PPM Kudat dan seterusnya di bawa ke Pejabat APMM DM 16 Kudat.
4. Enjin 3 HP jenis YAMAHA yang dibawa ke pejabat APMM DM 16 Kudat telah disahkan sebagai enjin bot mangsa yang hilang oleh ahli keluarga dan syarikat mangsa.
5. Tindakan lanjut OP SAR:
5.1 Pihak MRSC telah menghubungi TLDM untuk menghantar penyelam berkemahiran tinggi kerana lokasi bot tenggelam berada di kedalaman yang jauh iaitu antara 28 meter hingga 40 meter.
2.2 APMM dan PPM Kudat telah menghatar Botronda untuk menanda lokasi bagi memudahkan pasukan penyelam.
Untuk Makluman Ydh. Tuan.